BN Menang Kat Batu Sapi Dan Galas....Pakatan Rakyat Melopong.......???

on Nov 4, 2010

BN menang kat Galas



Keputusan mengikut peti Undi:

BN:5177

PAS:4108

Majoriti:1069




Peti undi Batu Papan: BN menang majoriti 108

Peti Undi Kampung Bharu menang majoriti 16

Peti Undi Kampung Pulai menang majoriti 44

Peti Undi Sungai Ber Menang Majoriti 158

Peti Undi Lepan Tupai Menang Majoriti 80

Peti Undi Bandar Lama Gua Musang BN Menang Majoriti 37

Peti Undi Balar BN Menang majoriti 112

Peti Undi Bihai BN Menang majoriti 228

Peti Undi Hau Bn Menang majoriti 49

Peti Undi Brook Bn Menang majoriti 346

Peti Undi Belatim BN Menang 108

Peti Undi Sungai Terah BN Kalah majoriti 258


BATU SAPI

 Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong. 

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu. 
6.47pm 

Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342
(Jumlah keluar mengundi:15,774)

Batu Sapi Milik BN......Kompom......

on




Ini adalah keputusan tidak rasmi, tapi kalau macam ni punya banyak perbezaan undi.. tak payah cakap banyak lah.. kalau diminta ulang pengiraan kertas undi tu 1000 kali sekalipun.. PKR tetap kalah di Batu Sapi..

Jadi bila PKR dan SAPP sudah kalah sudah tentulah calon BN disebelah ni yang menang..

Apa pengajaran yang kita dapat (orang PKR la..)

Orang tamak selalu rugi.. lain kali kalau nak ukur baju biarlah dibadan sendiri..

Tutup buku untuk Batu Sapi.

JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI (JPP) 2010 MESTI TELUS & ADA INTEGRITI

on

Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan.

Kita juga pernah menyuarakan bantahan sebelum ini, dalam peringkat proses pencalonan dan pemilihan cabang terhadap JPP, disebabkan banyaknya berlaku masalah dan ketidakseragaman dalam melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan yang sepertimana yang ditetapkan oleh JPP itu sendiri. Secara jelasnya, walaupun terdapat banyak bantahan yang telah dikemukakan, sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut, walaupun terdapat syarat dan peraturan yang secara jelas tidak dipatuhi.

Permasalahan ini terus berlarutan sehingga ke proses Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang sedang berlaku dan akan berakhir pada 21 November 2010 nanti, ketelusan terhadap JPP ini terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak, dengan beberapa insiden, salah laku yang telah berlaku secara jelasnya, dimana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat condong sebelah pihak. Ini termasuk, soal penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutamanya keputusan yang melibatkan kedudukan Jawatan Timbalan Presiden.

Justeru, bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua, kami mohon supaya status JPP ini digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan sehingga kita yakin sepenuhnya badan atau Jawatankuasa Pemilihan ini mengambil tindakan yang proaktif membaiki kelompangan yang ada. Tindakan ini perlu, supaya ianya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010 seterusnya.

Kami juga telah menyiapkan satu memorandum cadangan bagi penambahbaikan JPP untuk diserahkan kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi JPP.

Kami juga menegaskan, bentuk tindakan yang kami lakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti itu di atas, malah juga untuk menjaga keharmonian dan kepentingan parti ini. Hasrat baik pendekatan parti untuk memberi kuasa memilih kepada kepada setiap anggota pastinya tergugat dan terhalang, sekiranya badan atau jawatankuasa yang dilantik tidak dapat berperanan dengan sebaiknya. Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu, sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua. Suara anggota akar umbi mestilah dikembalikan dalam KEADILAN.

Dari Galas :- Analisa dan Predction Awal......???

on

http://interaktif.mstar.com.my/getattachment/6b574593-8e62-4a24-9bf5-7b4e0af79662/012564738.aspx?maxsidesize=600
Gambar Hiasan

PERKEMBANGAN terbaru dan juga dari permerhatian dari beberbagai sudut, ternyata Pas berat untuk menggalas harapan bagi mengekalkan kerusi Dun Galas. ternyata penampilan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarAh pilihan raya memberi masalah kepada Pas. Walaupun pengaruh dan populariti Tengku Razaleigh sudah merosot, namun nostalgia mengenai kehebatannya di Galas kubu kuatnya itu masih terasa.

Paling jelas sekali ialah bagaimana tengku Razaleigh menguasai Tok Batin-Tok Batin Orang Asli. Undi Orang Asli yang seBelum ini meloncat hampir 100% kepada beliau kini kembali pulih. Orang Asli mempercayai semula kepada janji Tengku Razaleigh yang meletakkan calonnya Abdul Aziz Yusuf sebagai 'kuli' baru Tengku Razaleigh di Galas.

Dipercayai pada pilihan raua hari ini UBN menguasai undi Orang Asli melebih 90%. Ini bermakana Pas sekali kalah teruk di kesemua peti undi di kawasan Orang Asli.

Begitu juga dengan orang Melayu khususnya golongan muda yang sebelum ini tidak begitu mengingati Tengku Razaleigh tetapi kini mereka kembali mengingatinya semua. Mungkin kerana menyedari pilihan raya ini penting hanya bagi Tengku Razaleigh maka mereka berubah.
Pengundi dari saluran 1 - orang tua masih banyak mengenang dan malu mata dengan Tngku Razaleigh.

Adalah dipercayai Pas sukar untuk meraih sokongan undi Melayu lebih dari 50% undi dan ini menyukarkan Pas untuk menang.

Apa yang mengejutkan keputusan bakal diumumkan kira-kira tiga jam lagi ialah mengenai undi orang Cina. Sebelum ini semua orang optimis, Cina akan memberi undi kepada Melayu. Penurut sumber bilik gerakan UBN di Bukit Cekati pengundi Cina beralih angin sejak 48 jam lalu. Sebelum ini pemerhati mengira Pas akan berjaya menguasai undi Cina hingga 85%.

Keadaan i ni katanya tidak terjadi. Cina sudah beralih angin disaat-saat akhir ini menyebabkan undi Cina tidak berjaya untuk menimbus undi Orang Asli. Mulanya Pas menjangkakan undi Cina akan menimbuskan undi Orang Asli sehingga 50 hingga 60%. Kegagalan undi Cina menimbus undi Orang Asli ini menyebabkan Pas menghadapai kesusutan undi sekitar 600 hingga 700 undi
Kegagakan Pas meraih undi Cina melebih 80% memberi naas kepada parti berkenaan.

Saya mebuat perikaraan mudah untuk melihat bagaimana keputusan pilihan Galas nanti sekiranya momentun dan dapatan di atas tadi benar.

Sekiranya peratus mengundi keluar sekitar 80% ini bermakna kira-kira 9,000 orang pemilih keluar mengundi. Eceran daripaa itu saya mengira Pas mendapat undi Melayu bawah 48% undi atau sebanyak 3,400 manakala undi untuk UBN 3,700 undi. Undi Cina Pas dijangka akan mendapat sekitar 70% undi atau di bawah 65% undi atau 1,600 undi paling ntinggi, manakala UBN pula mendapat 500 undi. Sekiranya berlaku peralihan angin ini bermakna UBN dapat meriah undi Cina hampir 800 undi.

Bagi undi Orang Asli Pas mendapat paling tinggi 10% undi iaitu kira-kira 150 undi berbanding dengan UBN bakal menerima 1,650 undi.

Untuk undi Orang India Pas akan meraih sebanyak 20% undi atau 40 undi manakala UBN akan memperolehi sebanyak 140 undi.

Jumlah undi keseluruhannya Pas bakal memperolehi sebanyak 4,200 undi manakala UBN dijangka memperolehi sebanyak 4,800 undi. Ini bermakna UBN akan menang selesa sekitar 600 undi hampir menyamai majoriti yang diperoleh Che Hashim Sulaima dalam tahun 2008, 646. Majoriti di bawah 1,000 ini tidak akan memnberi erti banyak kepada Tengku Razaleigh yang mengharapkan undi untuk UBN akan berganjak hampir dua kali ganda, iaitu atas 1,000 undi.

Anagka ataupun dapatan ini berdasarkan pengamatan dan maklumat terpeinchi mengenai jumlah pengundi dan peratusnya masih belum dikeluarkan. Perkiraan ini berdasarkan permehertian dan dikira peratus mengundi 80% sahaja. Angka ranalan ini akan berubah sekiranya peratus keluar mengundi terganjak dari apa yang diramalkan itu.


Mohd Sayuti Omar(MSO)

Terkini! Pusat Pengundian Ditutup di Galas Dan Batu Sapi.... Kejutan???

on

Terkini, panas, sensasi..



Dikhabarakan Pakatan Rakyat mendahului Barisan Najis di Galas.

Juga dengan kejutan!

Dikhabarkan juga, Pakatan Rakyat juga mendahului Barisan Najis dan SAPP di Batu Sapi!!!

Boon Chye: Tutup kes Bala kerana libatkan Najib-Altantuya........???

on

PETALING JAYA: Tindakan Jabatan Peguam Negara menutup siasatan terhadap dua akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam adalah disebabkan kes tersebut mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan rakyat Mongolia yang di bunuh, Altantuya Shariibuu.
leeboonchyeAhli Parlimen Gopeng (PKR), Dr Lee Boon Chye berkata tindakan Jabatan Peguam negara tersebut bertujuan melindungi Najib yang kini telah menjadi Perdana Menteri.
"Kalau Najib betul-betul bersih mengapa takut untuk berhadapan dengan mahkamah dan undang-undang," jelas beliau ketika dihubungi FMT hari ini.
Katanya, tindakan peguam negara yang membuat keputusan terpilih dilihat sebagai usaha memperlekeh kedaulatan sistem perundangan negara selain usaha mempertahankan Najib.
"Akuan bersumpah merupakan suatu penyataan yang dilindungi oleh perlembagaan. Apabila terdapat dua akuan yang berbeza antara akuan pertama dan akuan kedua, sudah tentu akan melibatkan satu yang benar dan satu yang tidak benar.
"Berbohong dalam akuan sumpah merupakan suatu kesalahan," ujar beliau yang juga Naib Presiden PKR.
Sistem kehakiman di bawah kekangan politik
Menurut beliau lagi, tindakan pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara tersebut sekali gus memperlihatkan sistem kehakiman dan perundangan di negara ini masih berada dalam kekangan kuasa ahli-ahli politik kerajaan.
"Biarlah rakyat yang menilai semua ini," tegas Dr Lee.
Pada 2 November lalu, Dr Lee dan Ahli Parlimen Bebas-Wangsa Maju, Wee Choo Keong mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atas Bala dan bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim yang didapati membuat dua kenyataan bersumpah yang bercanggah.
Ketika menjawab di Parlimen, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menjawab kes Bala telah di tutup oleh pihak peguam negara.
Pada 3 Julai 2009, Penyiasat Persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah yang mendakwa Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya.
Pada keesokannya Bala menarik balik akuan bersumpah tersebut dalam situasi yang meragukan dan bertindak meninggalkan negara ini bersama anggota keluarganya.
Sementara itu, pada Disember tahun lalu melalui wawancara siri video yang di siarkan dalam Youtube, Bala mendakwa adik Najib, Nazim Razak dan beberapa individu lain yang bertindak sebagai proksi Najib memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya

ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno

on


ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

NONELaporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar. 

"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.

"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.

Ng mendakwa semasa kejadian tersebut, ketua kampung Ampangan dari PAS Hamidon Salim turut bersamanya.

Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang.

Batu Sapi "banjir" dengan wang tunai.....???

on




SANDAKAN: Bank-bank di sini dilaporkan mengeluarkan wang tunai di antara RM500,000 hingga RM1 juta sejak dua hari lalu di mana para pengundi di Batu Sapi mula keluar mengundi hari ini.

"Towkay-towkay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dan beberapa bank tidak mampu melayan pengeluaran wang sebanyak itu kerana masalah teknikal. Bank Negara perlu diberitahu tentang perkara ini.

Peristiwa wang tunai mula mengalir di beberapa penempatan kampung air semalam menjadi perbualan ramai. Ada yang menganggarkan jumlah wang tunai yang dikeluarkan dari bank-bank mencecah RM5 juta dalam tempuh 72 jam sahaja.

Menurut pemandu teksi, mereka (pemandu-pemandu teksi) diberi RM250 seorang dan pengundi biasa mendapat RM150 seorang.


Wang tunai itu ialah untuk makanan, pengangkutan dan logistik. Para penganjur yang dikenalpasti bertanggungjawab untuk mendapatkan undi dilaporkan mendapat RM200 seorang dan mereka dijangka membawa pengundi ke pusat mengundi hari ini.

Beberapa orang berkata mereka dijanjikan sebanyak RM100 hingga RM150 seorang atau lebih ketika datang membuang undi.

Ambil "habuan" di pusat operasi MCA

Petang semalam, ramai penduduk berkumpul di pusat operasi MCA di sini selepas cakap-cakap mengatakan parti itu sedang memberi "habuan" dan sekumpulan pengundi keluar ke bandar memberitahu wang tunai sedang ditaburkan oleh kumpulan itu dan ini.

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, ada beberapa orang yang mendakwa menerima RM150 agak kecewa kerana mereka diberitahu akan mendapat sebanyak RM400 seorang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar meminta para pengundi pergi ke pusat-pusat operasi parti pembangkang dan malahan di hotel-hotel untuk mengambil makanan dan wang tunai.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangkakan lebih ramai orang keluar mengundi pada sekitar 75% berbanding 63% pada tahun 2008.

Berita ini bukan berita gembira bagi pihak pembangkang yang menyatakan bahawa lebih ramai mereka keluar mengundi bermakna para pengundi datang dari luar kawasan Batu Sapi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang tiba di sini semalam, menyampaikan amanat supaya para pengundi memilih calon secara bijaksana.

Beliau menamatkan ucapan kempen untuk calon BN Linda Tsen dengan membidas calon pembangkang, Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah dan Ansari Abdullah dari PKR.

Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar......???

on




(Harakahdaily) - Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi  atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.
Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.
Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.
 "Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.
Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam.

Galas: 69.88 peratus keluar mengundi

on



4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. 

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

NONE
1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilihdibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

NONE
"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

NONE
10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

NONE
10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. 

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

NONE
9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

Hadang dengan Landrover
9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

NONE
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

NONE
8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

NONE
Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus. 

Pagi mendung 

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

azlan
8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan. 

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List